Khamis, 25 Ogos 2016

Apa Itu Affiliate?

Pasti anda pernah dengar macam-macam tentang affiliate. Ramai orang sudah mula berjaya menjana pendapatan melalui affiliate. Tapi, satu soalan yang membuatkan anda terhenti seketika. Anda tanya, apa itu affiliate sebenarnya? Jadi, inilah bab pengenalan yang akan mengupas pemahaman mengenai apa itu affiliate. Affiliate merupakan salah-satu kaedah penjanaan pendapatan melalui internet yang semakin hari, semakin berkembang pesat. Ia juga dikatakan keadah paling cepat dan mudah untuk anda buat duit di internet. Maksud sebenar affiliate ialah mempromosi dan menjual produk orang lain seterusnya menjana komisyen melalui hasil penjualan produk tersebut oleh anda. Jika anda
menjalankan perniagaan internet yang bermodelkan pemasaran affiliate, anda akan dikenali sebagai agen affiliate yang akan berniaga dengan cara mengiklankan, mempromosi dan menjual produk kepunyaan orang lain.
Mari kita lihat senario biasa yang boleh kita jumpa di kalangan mereka yang baru hendak bermula menjana pendapatan melalui internet … Biasanya mereka ini akan dikenali sebagai newbie. Seorang newbie, saya pasti anda tidak mempunyai produk ciptaan sendiri samada produk digital mahupun produk fizikal untuk dijual di internet. Oleh itu, apa yang boleh anda buat ialah bantu tuan punya produk yang sedia ada di pasaran untuk mempromosi dan menjual produk-produk mereka. Sebagai balasan hasil usaha kerja anda, anda akan di bayar komisyen dalam bentuk peratusan dariapda harga sebenar produk tersebut.
Sebagai contoh, satu produk ebook yang dijual dengan harga RM50. Berdasarkan terma yang ditetapkan oleh tuan punya produk tersebut, setiap agen affiliate yang berjaya membuat jualan melalui link affiliate mereka akan dibayar 50% komisyen daripada harga asal produk tersubut. 
Jadi dalam hal ini, anda berpotensi menjana RM25 untuk setiap unit ebook yang berjaya anda jual melalui link affiliate anda.

Secara amnya, terdapat 3 jenis program affiliate yang boleh anda jana pendapatan melaluinya. Jenis-jenis tersebut adalah:-
Pay-per-Sale (PPS)
Jenis program affiliate yang pertama ini merupakan jenis yang biasa akan anda temui di pasaran tak kira di pasaran luar negara mahupun Malaysia. Maksud program affiliate pay-per-sale ialah mereka yang menyertai sesebuah program affiliate jenis ini akan dibayar komisyen berdasarkan setiap jualan yang berjaya agen affiliate tersebut hasilkan melalui link affiliate dia.
Pay-per-Lead (PPL)
Konsepnye begini…Setiap leads (prospek) yang berjaya anda bawa ke laman squeeze page atau optin page bagi pengusaha program affiliate jenis PPL ini seterusnya jika lead tersebut mendaftarkan email mereka di laman squeeze page tersebut, anda akan mendapat komisyen.
Pay-per-Click (PPC)
Konsepnya untuk setiap link yang anda promosikan dan jika ada orang klik pada link
tersebut, anda akan diberi komisyen dalam bentuk sen. Ini pada kebiasannya tergolong dalam program buat duit dengan pengiklanan.
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Sample Text