Rabu, 4 Mei 2016

Kenapa Sertai Program Affiliate

Umumnya program pemasaran affiliate dilihat sebagai sangat menguntungkan, mewujudkan situasi menang-menang untuk kedua-kedua pihak yang terlibat dalam proses ini. Affiliate sudah menjadi satu alat pemasaran onlineyang ampuh, maka sebab itulah semakin ramai para peniaga online yang menyediakan program affiliate untuk produk atau servis mereka.
Kajian menunjukkan bahawa hampir separuh dari jaringan-jaringan ini mempunyai (secara purata) ribuan affiliate untuk setiap satunya. Ini menunjukkan betapa besarnya kesan atau pengaruh pemasaran affiliate terhadap produk atau servis para peniaga online dan mereka mengembangkan jenama produk mereka menerusi laman-laman web affiliate. Sebenarnya ini adalah strategi yang berkesan untuk menarik prospek ke laman web mereka sendiri.

Apakah Maksud Menjadi Affiliate?
Diasaskan oleh Amazon.com pada tahun 1996, affiliate ialah hubungan yang membawa keuntungan kepada pemilik produk (penyediaprogram affiliate untuk produknya) dan affiliate (pemilik blog & laman web). Pemilik produk (boleh jadi individu atau syarikat) yang mengemukakan produk mereka kepada para pemilik laman web persendirian untuk mempromosikan produk tersebut. Sebagai pertukaran khidmat itu, para pemilik laman web tadi akan menerima bayaran komisyen bagi setiap jualan yang berjaya dibuat.
Setiap peniaga akan menawarkan program affiliate tertentu yang juga mengandungi butir-butir terperinci tentang cara pembayaran komisyen dibuat. Webmaster yang melibatkan diri dalam program tersebut akan dikenali sebagai affiliate. Para affiliate akan dibekalkan dengan elemen-elemen yang berguna untuk tujuan promosi seperti link teks, kotak carian, link banner, link produk dan sebagainya. Juga termasuk dalam elemen-elemen itu ialah katalog dan feed yang boleh dipasang di laman web atau blog Webmaster.
Tujuan penjual ialah, mengikut prinsip affiliate, untuk mendapatkan jaringan yang luas Webmaster yang menjadi affiliate dalam usaha untuk mendapatkan pendedahan yang lebih berkualiti untuk membolehkan produk mereka dijual. Proses pemasaran affiliate adalah menguntungkan kedua-dua belah pihak, si pemilik produk dan affiliate.
Bagaimana Ia Berfungsi?
Untuk menjadi affiliate marketer, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mencari network affiliate yang bersesuaian dengan anda dan menyertainya.
Untuk tujuan itu, ada beberapa langkah yang mesti anda ikuti:
  • Setelah menemui program affiliate yang dikehendaki, penuhkan borang pendaftaran online. Anda akan diminta memberikan maklumat-maklumat peribadi seperi nama, alamat, memilih cara pembayaran komisyen dan maklumat berkaitan dengan laman web anda (URL, nama, deskripsi kandungannya). Anda juga perlulah bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan (term of service). Kebanyakan network affiliate adalah percuma.
  • Setelah permohonan anda disahkan, bolehlah anda mula mencari program-program affiliate yang menarik pada pandangan anda. Jika pemilik-pemilik program itu menerima anda sebagai affiliate, mereka akan memandu anda sepanjang proses affiliate, seperti bagaimana untuk memasukkan link ke laman web anda.
  • Anda patut sedar bahawa besar kemungkinan anda tidak akan dapat membuat jualan dengan segera. Adalah normal jika pendapatan anda tidak seberapa di awal penglibatan anda dengan affiliate marketing. Tambahan pula, jumlah pendapatan anda untuk setiapconversion akan tertunggak sehinggalah ia mencapai jumlah minimum untuk membolehkan anda menerima bayaran.
Perkara-perkara yang Perlu dipertimbangkan
  • Dapatkan Nama Domain Anda Sendiri
Menggunakan laman web percuma untuk mempromosikan produk affiliate memang mudah. Anda juga masih boleh membuat jualan menggunakan laman web seperti itu tetapi jika anda boleh mendapatkan nama domain anda sendiri, ia akan membawa imej profesional terhadap bisnes anda. Orang ramai akan mengingati nama laman web anda dan trafik yang relevan juga akan lebih mudah mengunjunginya. Pastikan anda memilih servis hosting yang berkualiti. Anda perlu menunjukkan kepada orang ramai bahawa anda memang serius dalam berniaga.
  • Pilih Kualiti
Apabila membuat keputusan untuk menyertai sesebuah program affiliate, adalah penting untuk anda menyemak produk/servis yang ditawarkan itu. Lebih berkualiti produk/servis tersebut maka anda akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mempromosikannya. Anda akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai prospek dan kemudiannya memperolehi keuntungan yang sepatutnya. Laman web pemilik produk/servis juga hendaklah direka khusus untuk mengoptimumkan conversion.
  • Pilih Komisyen yang Bagus
Satu perkara lagi yang perlu anda ingat ialah link dan banner yang anda masukkan di laman web anda hendaklah mampu memujuk para pengunjung supaya mengunjungi laman web pemilik produk/servis setelah mereka meninggalkan laman web anda. Jadi pilihlah program affiliate yang benar-benar ikhlas dan bermurah hati memberikan ganjaran yang sepatutnya kepada anda.
  • Pilih Program-program yang Melengkapi Laman Web Anda
Tidak mustahil anda boleh berjaya dalam mempromosikan produk yang tidak ada kaitan langsung dengan topik utama laman web anda. Anda boleh cuba sesuatu yang berlainan yang anda rasa para pengunjung mungkin fikir ianya menarik.
  • Semak Tempoh Masa Cookie
Sebuah program affiliate yang baik akan menetapkan tempoh masa untuk cookiepelanggan sehingga 60 – 120 hari. Jadi jika pengunjung membuat pembelian secara terus dari laman web vendor dalam masa 120 setelah mereka mengunjunginya melalui link affiliate anda, anda masih berpeluang mendapat komisyen yang sepatutnya.

Affiliate marketing adalah usahasama antara pemilik produk/servis dan affiliate oleh itu kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan yang sama (situasi menang-menang). Pemilik produk/servis akan mendapat pasaran yang lebih luas, mendapat pendedahan yang lebih berkualiti dan semakin ramai affiliate yang bekerja untuk mereka, semakin tinggi pula jumlah trafik yang akan ditukarkan menjadi pelanggan mereka. 
Di pihak affiliate pula, keuntungan yang diperolehi juga bukan kecil. Yang pertama dan paling penting ialah komisyen yang diterima. Affiliate boleh menerima komisyen melalui tiga cara: per-klik (semakin berkurangan kerana terlalu banyak penipuan), per-jualan dan per-lead.



Lazada Malaysia
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Sample Text