Ahad, 12 April 2015

Jangan Jauhi Al-Quran Walaupun Pemerintah Menjauhinya

Muaz Bin Jabal memberitatu bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW berkata:
"Terima pemberian sekiranya ia adalah hadiah. Tetapi sekiranya ia adalah sogokan bagi melepaskan hutang, jangan kamu menerimanya. Menolak rasuah seperti ini tidak akan menyebabkan kamu miskin atau papa.
Ingatlah, roda kehidupan Islam itu sentiasa bergerak. Oleh itu, bergeraklah bersama Al-Quran di mana sahaja dunia ini berputar. Ingat, Al-Quran dan pemerintah sering berpisah, tetapi jangan kamu berpisah daripada Al-Quran.
Ingat, akan muncul di kalangan kamu pemimpin-pemimpin yang membuat keputusan yang hanya menguntungkan mereka dan tidak menguntungkan kamu. Sekiranya menderhakai mereka, pasti mereka membunuh kamu, dan sekiranya kamu mentaati mereka, kamu akan mereka sesatkan,"
Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, apa yang harus kami lakukan?"
Rassulullah menjawab, "Lakukan apa yang pernah dilakukan oleh pengikut Nabi Isa, Putera Mariam. Mereka dibelah dengan gergaji dan disalib pada kayu. Kematian mereka adalah lebih baik daripada hidup dalam keadaan menderhakai Allah."
(Direkodkan oleh at-Tobari)

Inti Sari
  • Boleh menerima hadiah yang diberikan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
  • Islam mengharamkan sogokan dan rasuah, dan mengecam penjenayah seperti ini.
  • Rasulullah memberi jaminan bahawa seseorang itu tidak akan menjadi miskin kerana tidak menerima rasuah.Islam mencela pemberi dan penerima rasuah.
  • Rasuah bukan jalan mencapai kekayaan.
  • Amalan rasuah yang berleluasa boleh melumpuhkan kekuatan sebuah negara dan menjahanamkan rakyat.
  • Al-Quran perlu dijadikan panduan dalam setiap aspek kehidupan.
  • Ramai pemerintah dan pemimpin meninggalkan ajaran Al-Quran kerana tidak memberi keuntungan peribadi kepada mereka.
  • Pemimpin yang jahat hanya memanipulasi beberapa ayat Al-Quran bagi memenuhi keinginan mereka. Contohnya, rakyat diwajibkan membayar zakat, tetapi menolak perlaksanan hukum jenyah Islam.
  • Pemimpin yang jahat adalah mereka yang membuat keputusan yang menguntungkan diri sendiri walaupun ia merugikan rakyat.
  • Pemimpin yang zalim akan menyakiti rakyat yang enggan tunduk kepada arahannya.
  • Rakyat yang mengikut segala kejahatan dan kezaliman pemimpin mereka akan hidup dalam kesesatan.
  • Rakyat dilarang daripada mentaati pemimpin yang zalim.
  • Galakan memeringi pemimpin yang jahat dan menghentikan kezaliman mereka. Walaupun, dengan penentangan ini akan menyebabkan rakyat sengsara atau kehilangan nyawa.
  • Kematian akibat memerangi pemimpin yang jahat adalah lebih baik daripada hidup bersama pemimpin yang kesesatan.
Sumber: -KHUTBAH RASULULLAH Wasiat Agung Buat Umat Tercinta- oleh Rohidzir Rais 
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Sample Text