Menjala ikan... mungkin ramai kaki pancing yang tak ambil kesah tentang menjala ikan. Bagi mereka menjala ikan bukanlah penting dan tidak termasuk dalam ketogori memancing. Tapi bagi aku pulak menjala ikan sangat penting, sebab jika seseorang pemancing itu berhasrat untuk memancing ikan bersaiz mega pemancing itu haruslah mengunakan umpan hidup. Banyak cara untuk mendapatkan umpan hidup seperti memancing, mengunakan sauk, membeli di kedai menjual umpan dan menjala. Memancing dan menyauk anak2 ikan bukanlah mudah, yang mudah membeli dikedai menjual umpan itupun kalau ada jual lah. Ada tak de nak ada jala dan pandai menjala, sekali tebar je dah dapat banyak umpan pelbagai saiz. Menjala pulak ada banyak teknik dan gaya. Kalau tak pandai hancus... tak menjadi. Masa aku mula2 mengunakan jala dulu aku gunakan teknik sangut di siku, kadang2 menjadi kadang2 tak menjadi... sakit aku kepala dibuatnya. Bila aku jumpa video ni lapang kepala... menjadi terus... Teknik yang mamat ni tunjukan dalam video ni memang senang dipelajari... ce tengok video ni...
TERMA SEMASA AKIBAT PKP/SOP
-
Kelancaran perkhidmatan kami terkesan akibat perlaksanaan PKP/SOP sejak
bermulanya pendemik Covid 19. Calon yang bersetuju mendaftar akan tertakluk
kepad...
0 ulasan:
Catat Ulasan