Salam buat semua pengunjung tajurberapai.blogspot.my ... kali ni aku nak cerita satu pot yg boleh di katakan kerap juga aku kunjungi... potnya agak santai betul2 berada di muara sungai batu pahat, bersebelahan dengan teluk wawasan(dulunya di pangil teluk bakung). Nama pot ni ialah Jeti Memancing Tanjung Semanik. Jeti ni berada dihujung kg. Sg. Kajang Batu Pahat.
Kenapa aku cakap jeti ni agak santai kerana kalau korang berada di jeti ni korang boleh menikmati permandangan yang pada aku agak indah dengan kapal2 kecil atau lebih dikenali sebagai tongkang lalu lalang keluar masuk. Korang juga boleh menikmati permandangan laut. Keadaan jeti bersih kerana pemilik jeti(En. Salleh)akan membersihkan jeti nya setiap kali selepas pemancing balik. Kemudahan2 lain juga disediakan seperti tempat sholat, tandas, air bersih(air paip) dan juga bilik2 kecil untuk disewa.
Jeti ni dibuka 24 jam setiap hari kecuali hari jumaat dari pukul 12 tengahari hingga pukul 3 petang. Untuk memancing di jeti ni korang hanya dikenakan bayaran RM5 seorang. Korang boleh bawak lebih dari 1 pancing bayaranya tetap RM5. Pemilik jeti juga menyediakan hadiah isitmewa setiap bulan untuk tangkapan terberat tampa ada bayaran tambahan. Pemilik jeti juga menyediakan bot untuk disewa dan pemilik jeti juga bersedia membawa korang ketengah atau alur kapal untuk memancing.
Buat kaki2 pancing yang berhasarat untuk memancing di jeti ni boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut dengan menghubungi En. Salleh melaluai telefon, sms atau WhatsApp di no : 017-7047177
Penn Pursuit II 5000 Spinning Reels |
0 ulasan:
Catat Ulasan