Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Ahad, 21 Ogos 2016

Cara Pengurusan Stres

Sebagai seorang manusia, kita selalu sahaja menghadapi berbagai-bagai dugaan mahupun
cabaran dalam kehidupan kita sama ada yang ringan mahupun berat. Allah S.W.T telah
berfirman :
"Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia
melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki
Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia
sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak
beriman. " (QS. Al An'aam, 6:125)
Dengan berpandukan ayat tersebut, maka dapat kita ketahui bahawasanya tanpa beribadah
kepada Allah S.W.T, hidup kita menjadi tidak tenteram, diri berasa gelisah dan sekeliling kita
menjadi huru-hara. Sebaliknya sekira kita beriman kepada-Nya, hidup kita menjadi tenteram
dan sihat rohani juga jasmani. Apabila berlakunya perkara yang tidak diigini ataupun dugaan
kepada diri, ia boleh menyebabkan kita berada dalam keadaan tekanan atau dengan bahasa
yang lebih tepat lagi stres.
Stres merupakan suatu penyakit yang sangat berbahaya untuk manusia kerana
seseorang yang berada dalam keadaan stres bukan sahaja menghadapi masalah gangguan
kejiwaan malah turut menyebabkan kerosakan pada tubuh mereka. Ia boleh mengancam
ketenteraman fikiran, perasaan dan kadangkala menjadi halangan bagi mereka kepada sesuatu
kecemerlangan. Tetapi, kadangkala stres juga boleh dilihat sebagai suatu unsur yang
membantu seseorang jika dikendalikan secara rapi dan strategik. Ini kerana stres dapat
membantu seseorang untuk melatih diri meningkatkan tahap kesabaran dan juga
mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Sudah menjadi lumrah manusia tatkala kesusahan
mencari TuhanNya.
Stres boleh didefinisikan sebagai reaksi manusia kepada perkara sekeliling atau yang
berkaitan dengan dirinya dengan cara yang di luar daripada yang dikehendakinya. Menurut
Selye (1980), stres bersifat tidak menentu dan kesannya juga tidak menentu. Faktor mental
boleh menyebabkan stres sama seperti faktor fizikal. Stres merupakan suatu keadaan apabila
usaha untuk memenuhi keperluan diri terancam atau tindak balas dalaman terhadap sebarang
ancaman yang didapati sukar untuk diterima atau dihadapi. Stres boleh terjadi apabila
pemikiran berada dalam keadaan celaru atau keliru.
Seseorang yang mengalami stres mengakibatkan perubahan pada wataknya, gaya
tindakannya terhadap persekitaran dan juga kepada prestasi kerjanya mahupun kerjayanya.
Mereka yang mengalami stres berkemungkinan juga akan mengalami kemurungan. Antara
ciri-ciri individu yang memiliki kemurungan ialah berat badan turun atau naik dengan serius,
perubahan pada tabiat tidur, tahap keyakinan diri turun mendadak, sering berasa letih, berasa
diri tidak berguna lagi dan tidak dapat menyumbang jasa kepada orang lain, hendak bunuh
diri dan mula terjebak dengan tabiat buruk. Perkara ini akan menjadi serius sekiranya tidak
ditangani dengan segera kerana individu yang berada di dalam keadaan stres
berkemungkinan akan mula memikirkan perkara-perkara yang negatif dan melakukannya
kerana ingin melepaskan tekanan yang dihadapi. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang
betul perlu digunakan bagi menangani stres.
Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh seseorang individu tatkala diri berada
dalam tekanan atau stres ialah bermuhasabah diri. Lihat kepada keupayaan diri samada dari
sudut kelebihan dan juga kelemahan. Berfikiran positif tentang kelemahan diri dengan
mengatakan pada diri sendiri bahawa “Setiap manusia yang lahir di bumi ini mempunyai
kelemahan masing-masing dan kelemahan yang ini adalah kelemahan aku,”. Dengan cara itu,
ia dapat membantu kita berfikir bahawa mungkin ada yang mempunyai kelemahan yang lebih
teruk daripada kita.
Stres juga dapat ditangani dengan memperbaiki kemahiran pengurusan kendiri.
Perancangan sistematik, pengurusan masa, kaji kegiatan dan kaji keseimbangan dalam hidup
adalah antara perkara-perkara yang perlu diteliti supaya kehidupan kita dapat berjalan dengan
lancar. Bagi masalah yang dihadapi, individu tersebut perlu mengenal pasti masalah dan
mencari alternatif yang boleh digunakan dan melakukan tindakan terhadap masalah tersebut
agar diri tidak berterusan berada dalam keadaan tekanan atau stres. Pemakanan seimbang
juga perlu diamalkan bagi menjaga kesihatan tubuh badan daripada terjebak kepada sebarang
penyakit yang tidak diingini.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengelakkan stres ketika
menghadapi masalah ialah dengan membuat sesuatu yang boleh menyibukkan diri tanpa
memikirkan tentang masalah dan tidak menyusahkan orang disekeliling, melakukan aktiviti
yang menyeronokkan dan dapat memberikan kegembiraan kepada diri, mengambil cuti dan
pergi melancong ke tempat yang diingini, melakukan senaman, dan juga jangan dilupakan
beribadah kepadaNya kerana setiap sesuatu yang datang itu adalah daripadaNya dan juga
akan kembali kepadaNya.
Sekiranya langkah-langkah tersebut tidak diambil bagi menangani stres yang
dihadapi, seseorang individu itu akan cepat berasa bosan, bimbang, malu, rasa bersalah, cepat
marah, sayu, rendah diri dan berasa kesunyian. Individu tersebut juga akan mengakibatkan
masalah kepada kesihatannya seperti sakit dada, sakit jantung, migrain, hilang selera makan,
lemah tenaga, gastrik dan mengalami penyakit insomnia atau susah tidur. Manakala dari
sudut fisiologi pula, stres boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami degupan
jantung yang kuat atau cepat, tekanan darah tinggi atau naik, berpeluh, sukar bernafas, seram
sejuk, tangan menggeletar dan lain-lain. Individu yang mengalami stres juga akan berada
dalam keadaan di mana sukar untuk membuat keputusan, kurang tumpuan kepada sesuatu,
mudah lupa dan menjadi terlalu sensitif.
Kesimpulannya, pengurusan stres yang baik dapat dilakukan dengan mengenal pasti
punca-punca stres dan mencari alternatif bagi menangani stres. Terdapat satu doa yang boleh
dibaca ketika mengahadapi stres menurut Al-Imam Al-Bukhari iaitu:
“Maksudnya: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan ia sebaik-baik pengurus
(yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.
(Surah Al-Imran : 173)
“Menurut Al-Imam Al-Bukhari daripada Ibnu Abbas ayat atau doa ini boleh dibaca ketika
kita menghadapi masalah, tekanan atau stres”.
(Tafsir Fakhrurrazi, tafsir ayat 173 : Surah Al-Imran)
Seperti kata-kata pujangga, “Saat kamu melihat sisi buruk maka itu adalah stres. Saat kamu
melihat sisi baik itu adalah motivasi hidup”. Sekiranya langkah-langkah yang diambil bagi
menangani stres pada diri tidak berkesan dalam tempoh yang lama, berjumpalah dengan
pakar dan dapatkan bantuannya. Apa yang penting adalah usaha daripada diri sendiri untuk
mengelakkan daripada stres dan bagaimana cara mengatasinya. Segala yang dilakukan
keputusannya terletak di tangan Yang Maha Esa. Allah S.W.T yang menentukan segalagalanya.
Sekian.  Artikel Percuma| © HushimMotivational.com.my
Share:

Jumaat, 12 Ogos 2016

Ikan Puyu Dan Sihir... Suratan Atau Kebetulan

Pernah tak dengar orang tua-tua ada pesan memang elok untuk kita bela ikan puyu kat rumah, ianya dapat menghalang perbuatan pukau dan sihir yang hendak ditujukan pada penghuni rumah tuh. Cuma persoalan, apa signifikan antara makhluk halus dengan ikan puyu? Kenapa mereka takut sangat kat ikan ini?
Share:

Selasa, 26 Julai 2016

Keistimewaan Kucing Dari Sudut Pandangan Islam

Banyak mitos yang diceritakan di setiap kehidupan kucing mulai dari memiliki 9 nyawa hingga sebagai jelmaan dewa. Seperti yang terjadi pada masa dinasti Fir’aun, kucing amat dipuja karena dianggap sebagai titisan dewa.
Share:

Jumaat, 22 Julai 2016

Kelebihan Dan Keistimewaan Hari Jumaat

SEGALA puji bagi ALLAH SWT yang menjadikan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari. Ia adalah satu perayaan yang ALLAH khaskan buat umat Islam pada setiap minggu. Kelebihan ini tidak dikecap umat terdahulu. 
Share:

Khamis, 26 Mei 2016

Memakai Susuk Di Sisi Islam... cucuk tang situ cucuk tang sini

Definisi susuk ialah memasukkan sesuatu benda ke dalam tubuh dengan cara tertentu untuk tujuan tertentu. Biasanya susuk dipasang untuk tujuan kecantikan, kekuatan, awet muda dan penunduk. Pemakaian susuk biasanya melibatkan campur tangan jin yang dipuja bagi menjaga kawasan anggota yang dipakai susuk. Cara 'bersusuk' itu pada dasarnya menggunakan amalan sihir. Sebagaimana yang diketahui bahawa beramal dengan amalan sihir itu adalah syirik.
Perbuatan memakai susuk walau dengan apa niat dan cara sekali pun, hukumnya haram di sisi Islam berikutan penggunaannya mempunyai unsur syirik dan secara terang-terangan cuba mengubah kejadian Allah SWT.
Apabila pemakai susuk mula berasakan kelainan yang dikehendaki seperti menjadi perhatian ramai dan mendapat pujian kerana kecantikan, timbul perasaan semuanya berpunca daripada susuk digunakan. Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar, pemakai susuk juga disifatkan sebagai individu yang tidak mensyukuri pemberian Allah. Manusia adalah sebaik-baik kejadian dan setiap manusia perlu menghargai kesempurnaan yang diberi.
Bagi yang telah terlanjur memakai susuk, bertaubatlah dan berusahalah berjumpa dengan pakar-pakar perubatan Islam yang mahir untuk mengeluarkan susuk tersebut, mudah-mudahan Allah menerima taubat kita. Wallahu a'lam.

Share:

Rabu, 18 Mei 2016

Yakjuj dan Makjuj

Ya’juj dan Ma’juj / Yakjuj dan Makjuj / (Bahasa Arab: يأجوج و مأجوج‎) atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi, גוג ומגוג) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Islam, al-Quran serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.
Share:

Isnin, 9 Mei 2016

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW - 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

Khutbah ini adalah pesanan Rasulullah SAW yang terakhir kepada umatnya, disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah (tahun 632 M) di Lembah Uranah, Gunung Arafah ketika Nabi Muhammad SAW melaksanakan haji widak. Haji widak adalah salah satu peristiwa yang paling penting dalam sejarah umat Islam, kerana ia adalah haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Share:

Ahad, 24 April 2016

Petua, Penawar dan Ubat Sakit Gigi Paling Mujarab

Masalah sakit gigi ni biasanya berpunca dari penjagaan gigi yang tidak sempurna dan sememangnya gigi tu nak sakit. Seseorang yang mengalami sakit gigi biasanya akan merasakan kesakitan, merasa tidak selesa dengan giginya dan kedaan disekitarnya. Ada bermacam- macam keadah dan petua untuk rawatan sakit gigi ni, ada yang tradisional dan ada yang morden.
Share:

Sabtu, 16 April 2016

Apabila Usia Melebihi 40 Tahun


Apabila usia melebihi 40 tahun: Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah SWT berfirman,
 حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Share:

Ahad, 4 Oktober 2015

Lihatlah ketabahan anak ini

Baca Quran sambil dijahit

Masya Allah tabarakallah.Lihatlah ketabahan anak ini.Dia membaca Quran sepanjang dijahit kerana doktor tidak menggunakan anethesia bagi menahan sakit.Semoga Allah meringankan sakitnya.

Posted by Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria on 3hb Oktober 2015
Share:

Ahad, 12 April 2015

Jangan Jauhi Al-Quran Walaupun Pemerintah Menjauhinya

Muaz Bin Jabal memberitatu bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW berkata:
"Terima pemberian sekiranya ia adalah hadiah. Tetapi sekiranya ia adalah sogokan bagi melepaskan hutang, jangan kamu menerimanya. Menolak rasuah seperti ini tidak akan menyebabkan kamu miskin atau papa.
Share:

Jumaat, 10 April 2015

Rasulullah Tidak Menolong Orang Yang Membantu Pemimpin Zalim

An-Nukman Bin Basyir menceritakan bagaimana Rasulullah SAW pernah bertemu dengan beliau dan rakan-rakanya. Ketika itu, mereka berada di dalam masjid selepas solat isyak. Rasulullah memandang ke langit seolah-olah sesuatu yang menarik sedang berlaku di langit. Kemudian Rasulullah SAW berkata :
Share:

Isnin, 6 April 2015

Khutbah Pertama di Mekah

Rasulullah Saw mengumpulkan kaumnya. Setelah mereka berkumpul, beliau menyampaikan pujian kepada Allah, lalu bersabda,
Share:

Ahad, 5 April 2015

Pembukaan Khutbah

Az-Zuhri menyatakan, Rasulullah SAW memulakan khutbahnya dengan ucapan berikut :
"Segala puji bagi Allah. Kami memuji, memohon pertolongan dan ampunan daripada-Nya. Kami berlindung dengan-Nya dari kejahatan diri kami dan perbuatan jahat kami.
Share:

Sabtu, 4 April 2015

Setiap Orang Adalah Pemimpin

Ibnu Amri memberitahu bahawa Rasulullah SAW pernah berkata :
"Setiap seseorang itu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertangung jawab di atas orang yang dipimpinnya. Seorang lelaki menjadi pemimpin kepada keluarganya dan dia bertangung jawab ke atas mereka. Seorang isteri adalah pemimpin kepada rumah suaminya dan dia bertangung jawab ke atasnya. Seorang hamba adalah pemimpin kepada harta tuanya dan dia bertanjung jawab ke atasnya".
(Direkodkan oleh al-Bukhari dalam buku Al-Adab Al-Mufrad, jil 1/33)
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Sample Text