Jumaat, 12 Ogos 2016

Ikan Puyu Dan Sihir... Suratan Atau Kebetulan

Pernah tak dengar orang tua-tua ada pesan memang elok untuk kita bela ikan puyu kat rumah, ianya dapat menghalang perbuatan pukau dan sihir yang hendak ditujukan pada penghuni rumah tuh. Cuma persoalan, apa signifikan antara makhluk halus dengan ikan puyu? Kenapa mereka takut sangat kat ikan ini?
Ikan puyu dikatakan sejenis ikan yang tidak tidur malam. Sebab itulah, kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah. Ikan yang mampu hidup melebihi 24 jam di atas daratan itu juga dikatakan sebagai alat mainan yang digemari toyol dan orang bunian.
Ia umpama cerita turun-temurun dalam masyarakat tempatan tidak mengira bangsa. Keupayaan ikan puyu sebagai pelindung rumah ialah versi paling kerap didengar. Ramai membela ikan puyu bagi mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri yang menggunakan ilmu pukau, Mereka yang terikut-ikut akan kepercayaan itu bersandar kepada teori bahawa pukau tidak akan berkesan jika terdapat benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga.
Ciri fizikal ikan yang mampu mencecah usia lima tahun itu juga dipercayai digeruni makhluk halus termasuk syaitan dan jin. Duri tajam yang terdapat pada puyu dikatakan menyekat kebal makhluk tersebut untuk masuk ke dalam rumah manusia.
Walaubagaimanapun, Ikan Puyu tidak boleh dianggap sebagai pelindung mutlak kepada semua perkara ini kerana ia hanya asbab kepada ketentuan Allah. Hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mungkin benar boleh menjadi pendinding dan sesungguhnya ia adalah dari Allah jua. Jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau terkena sihir tetap terjadi kepadanya juga, biarlah dia membela beratus ribu ekor ikan puyu sekalipun, dia tidak mungkin dapat mengelak. Allah itu maha berkuasa dan maha mengetahui.
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Sample Text