Samsung Electronics Co Ltd terus menerajui pasaran telefon pintar dunia apabila memperkenalkan telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note7 yang akan berada dipasaran Malaysia pada 19 Ogos 2016 ini. Samsung Galaxy Note7 tampil dengan beberapa ciri inovatif terbaru.
Pra tempahan model itu secara dalam talian boleh dilakukan bermula dari 8 hingga 10 Ogos 2016 dengan hanya 4,000 unit ditawarkan. Sebelum ini, ketika Galaxy S7, pihak Samsung telah menyediakan promosi khusus dengan harga istimewa, dan mungkin kita akan melihat beberapa promosi khusus untuk pra-tempahan Galaxy Note 7 ini juga.
Samsung Galaxy Note 7 hadir dengan skrin 5.7-inci dengan paparan Quad HD (2560×1440 pixel), dijana menggunakn cip Exynos 8890, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB UFS 2.0. Pengguna turut boleh memperluaskan storan sehingga 256GB melalui peranti ini ataupun menggunakan slot sama untuk kad-SIM kedua.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel F1.7 dan kamera hadapan 5-megapixel F1.7. Menjana peranti ini adalah bateri berkapasiti 3600mAh yang menyokong pengecasan pantas. Galaxy Note 7 menggunakan USB Type-C untuk pengecasan, dan turut dilengkapi sokongan NFC.
Samsung Galaxy Note 7 didatangkan dalam pilihan warna emas, perak dan juga hitam. Galaxy Note 7 akan dijual pada harga RM3199 untuk pasaran tempatan.
0 ulasan:
Catat Ulasan