Khamis, 25 Ogos 2016

Tips Affiliate Untuk Newbie

Sekarang, perniagaan menerusi affiliate tidak lagi menjadi satu perniagaan yang rahsia. Perniagaan affiliate sudah terkenal dan menjadi satu trend terbaru untuk menjana pendapatan tambahan. Malah, perniagaan affiliate juga semakin menjadi pilihan berbanding perniagaan MLM dan setiap hari semakin ramai orang menceburi bidang perniagaan ini. Bagi membantu anda yang mahu menceburi perniagaan affiliate, disini disertakan beberapa tip untuk anda jadikan panduan.
Share:

Siapa Aku..?




Share:

Apa Itu Affiliate?

Pasti anda pernah dengar macam-macam tentang affiliate. Ramai orang sudah mula berjaya menjana pendapatan melalui affiliate. Tapi, satu soalan yang membuatkan anda terhenti seketika. Anda tanya, apa itu affiliate sebenarnya? Jadi, inilah bab pengenalan yang akan mengupas pemahaman mengenai apa itu affiliate. Affiliate merupakan salah-satu kaedah penjanaan pendapatan melalui internet yang semakin hari, semakin berkembang pesat. Ia juga dikatakan keadah paling cepat dan mudah untuk anda buat duit di internet. Maksud sebenar affiliate ialah mempromosi dan menjual produk orang lain seterusnya menjana komisyen melalui hasil penjualan produk tersebut oleh anda. Jika anda
Share:

Ahad, 21 Ogos 2016

Cara Pengurusan Stres

Sebagai seorang manusia, kita selalu sahaja menghadapi berbagai-bagai dugaan mahupun
cabaran dalam kehidupan kita sama ada yang ringan mahupun berat. Allah S.W.T telah
berfirman :
"Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia
melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki
Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia
sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak
beriman. " (QS. Al An'aam, 6:125)
Dengan berpandukan ayat tersebut, maka dapat kita ketahui bahawasanya tanpa beribadah
kepada Allah S.W.T, hidup kita menjadi tidak tenteram, diri berasa gelisah dan sekeliling kita
menjadi huru-hara. Sebaliknya sekira kita beriman kepada-Nya, hidup kita menjadi tenteram
dan sihat rohani juga jasmani. Apabila berlakunya perkara yang tidak diigini ataupun dugaan
kepada diri, ia boleh menyebabkan kita berada dalam keadaan tekanan atau dengan bahasa
yang lebih tepat lagi stres.
Stres merupakan suatu penyakit yang sangat berbahaya untuk manusia kerana
seseorang yang berada dalam keadaan stres bukan sahaja menghadapi masalah gangguan
kejiwaan malah turut menyebabkan kerosakan pada tubuh mereka. Ia boleh mengancam
ketenteraman fikiran, perasaan dan kadangkala menjadi halangan bagi mereka kepada sesuatu
kecemerlangan. Tetapi, kadangkala stres juga boleh dilihat sebagai suatu unsur yang
membantu seseorang jika dikendalikan secara rapi dan strategik. Ini kerana stres dapat
membantu seseorang untuk melatih diri meningkatkan tahap kesabaran dan juga
mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Sudah menjadi lumrah manusia tatkala kesusahan
mencari TuhanNya.
Stres boleh didefinisikan sebagai reaksi manusia kepada perkara sekeliling atau yang
berkaitan dengan dirinya dengan cara yang di luar daripada yang dikehendakinya. Menurut
Selye (1980), stres bersifat tidak menentu dan kesannya juga tidak menentu. Faktor mental
boleh menyebabkan stres sama seperti faktor fizikal. Stres merupakan suatu keadaan apabila
usaha untuk memenuhi keperluan diri terancam atau tindak balas dalaman terhadap sebarang
ancaman yang didapati sukar untuk diterima atau dihadapi. Stres boleh terjadi apabila
pemikiran berada dalam keadaan celaru atau keliru.
Seseorang yang mengalami stres mengakibatkan perubahan pada wataknya, gaya
tindakannya terhadap persekitaran dan juga kepada prestasi kerjanya mahupun kerjayanya.
Mereka yang mengalami stres berkemungkinan juga akan mengalami kemurungan. Antara
ciri-ciri individu yang memiliki kemurungan ialah berat badan turun atau naik dengan serius,
perubahan pada tabiat tidur, tahap keyakinan diri turun mendadak, sering berasa letih, berasa
diri tidak berguna lagi dan tidak dapat menyumbang jasa kepada orang lain, hendak bunuh
diri dan mula terjebak dengan tabiat buruk. Perkara ini akan menjadi serius sekiranya tidak
ditangani dengan segera kerana individu yang berada di dalam keadaan stres
berkemungkinan akan mula memikirkan perkara-perkara yang negatif dan melakukannya
kerana ingin melepaskan tekanan yang dihadapi. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang
betul perlu digunakan bagi menangani stres.
Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh seseorang individu tatkala diri berada
dalam tekanan atau stres ialah bermuhasabah diri. Lihat kepada keupayaan diri samada dari
sudut kelebihan dan juga kelemahan. Berfikiran positif tentang kelemahan diri dengan
mengatakan pada diri sendiri bahawa “Setiap manusia yang lahir di bumi ini mempunyai
kelemahan masing-masing dan kelemahan yang ini adalah kelemahan aku,”. Dengan cara itu,
ia dapat membantu kita berfikir bahawa mungkin ada yang mempunyai kelemahan yang lebih
teruk daripada kita.
Stres juga dapat ditangani dengan memperbaiki kemahiran pengurusan kendiri.
Perancangan sistematik, pengurusan masa, kaji kegiatan dan kaji keseimbangan dalam hidup
adalah antara perkara-perkara yang perlu diteliti supaya kehidupan kita dapat berjalan dengan
lancar. Bagi masalah yang dihadapi, individu tersebut perlu mengenal pasti masalah dan
mencari alternatif yang boleh digunakan dan melakukan tindakan terhadap masalah tersebut
agar diri tidak berterusan berada dalam keadaan tekanan atau stres. Pemakanan seimbang
juga perlu diamalkan bagi menjaga kesihatan tubuh badan daripada terjebak kepada sebarang
penyakit yang tidak diingini.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengelakkan stres ketika
menghadapi masalah ialah dengan membuat sesuatu yang boleh menyibukkan diri tanpa
memikirkan tentang masalah dan tidak menyusahkan orang disekeliling, melakukan aktiviti
yang menyeronokkan dan dapat memberikan kegembiraan kepada diri, mengambil cuti dan
pergi melancong ke tempat yang diingini, melakukan senaman, dan juga jangan dilupakan
beribadah kepadaNya kerana setiap sesuatu yang datang itu adalah daripadaNya dan juga
akan kembali kepadaNya.
Sekiranya langkah-langkah tersebut tidak diambil bagi menangani stres yang
dihadapi, seseorang individu itu akan cepat berasa bosan, bimbang, malu, rasa bersalah, cepat
marah, sayu, rendah diri dan berasa kesunyian. Individu tersebut juga akan mengakibatkan
masalah kepada kesihatannya seperti sakit dada, sakit jantung, migrain, hilang selera makan,
lemah tenaga, gastrik dan mengalami penyakit insomnia atau susah tidur. Manakala dari
sudut fisiologi pula, stres boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami degupan
jantung yang kuat atau cepat, tekanan darah tinggi atau naik, berpeluh, sukar bernafas, seram
sejuk, tangan menggeletar dan lain-lain. Individu yang mengalami stres juga akan berada
dalam keadaan di mana sukar untuk membuat keputusan, kurang tumpuan kepada sesuatu,
mudah lupa dan menjadi terlalu sensitif.
Kesimpulannya, pengurusan stres yang baik dapat dilakukan dengan mengenal pasti
punca-punca stres dan mencari alternatif bagi menangani stres. Terdapat satu doa yang boleh
dibaca ketika mengahadapi stres menurut Al-Imam Al-Bukhari iaitu:
“Maksudnya: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan ia sebaik-baik pengurus
(yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.
(Surah Al-Imran : 173)
“Menurut Al-Imam Al-Bukhari daripada Ibnu Abbas ayat atau doa ini boleh dibaca ketika
kita menghadapi masalah, tekanan atau stres”.
(Tafsir Fakhrurrazi, tafsir ayat 173 : Surah Al-Imran)
Seperti kata-kata pujangga, “Saat kamu melihat sisi buruk maka itu adalah stres. Saat kamu
melihat sisi baik itu adalah motivasi hidup”. Sekiranya langkah-langkah yang diambil bagi
menangani stres pada diri tidak berkesan dalam tempoh yang lama, berjumpalah dengan
pakar dan dapatkan bantuannya. Apa yang penting adalah usaha daripada diri sendiri untuk
mengelakkan daripada stres dan bagaimana cara mengatasinya. Segala yang dilakukan
keputusannya terletak di tangan Yang Maha Esa. Allah S.W.T yang menentukan segalagalanya.
Sekian.  Artikel Percuma| © HushimMotivational.com.my
Share:

Jumaat, 19 Ogos 2016

Apa Itu Blog

Blog adalah jurnal dalam talian di mana anda berkongsi secara digital idea, pendapat atau apa-apa yang anda mahu orang ramai mengatahuinya. Blog datang dalam gaya yang berbeza, format, dan tetapan, bergantung kepada pilihan pengguna. Banyak laman blog, menawarkan ciri-ciri seperti hyperlink, teks lurus, gambar dan lain-lain Sesetengah laman blog juga membenarkan anda untuk meletakkan video dan mp3 pada blog anda.
Share:

Rabu, 17 Ogos 2016

Kenapa Blog ?

Cara yang paling mudah untuk mendapatkan laman sesawang adalah melalui blog. Tidak memerlukan kemahiran... boleh membaca atau sekurang-kurangnya klik tetikus. Ia seperti anda mempunyi sebuah pasar raya maya, anda hanya perlu menulis idea-idea, pengalaman, produk baru, dan macam-macam lagi. Jika anda mempunyai PC,laptop,tablet atau telefon pintar dan sambungan internet maka anda sudah boleh memiliki sebuah gedung perniagaan tanpa perlu membayar sewa bulanan.
Kebanyakan pelayan web melihatnya sebagai sesuatu untuk menambah alat pemasaran semasa dan dengan itu menawarkan secara percuma. Mana-mana peluang secara percuma pastinya bonus terutama untuk mereka yang baru hendak memulakan perniagaan. 
Pada hari ini di mana pengiklanan merupakan alat perniagaan yang berkesan . Dengan blog anda boleh menerangkan produk, perkhidmatan pengalaman atu perniagaan anda. Anda juga boleh memohon untuk memasang iklan dariada syrikat pengiklanan. Mereka akan membayar dengan syarat ditetapakan. Jadi mengapa tidak blog.. sekurang-kurangnya, dapat gak shoping -shoping kat alam maya.
Share:

Selasa, 16 Ogos 2016

Blogging 1001 Malam

Pada asasnya, blog pertama kali diperkenalkan sebagai weblog. Ia diwujudkan apabila pelayan web berada di pasaran maya. Sejak ditubuhkan pada pertengahan 1990-an, pelayan web secara beransur-ansur meningkat, masyarakat maya menjadikan Internet sebagai tempat untuk mendapatkan sumber yang berdaya maju dan maklumat yang lebih banyak.
Share:

Ahad, 14 Ogos 2016

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-59

Kita sekarang sudah  berada di pertengahan bulan ogos dan tak berapa lama lagi seluruh rakyat Malaysia akan menyambut satu tarikh keramat iaitu 31 ogos. Apabila tiba tarikh tu seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa akan merayakan hari kebangsaan iaitu sambutan hari kemerdekaan.
Share:

Jumaat, 12 Ogos 2016

Ikan Puyu Dan Sihir... Suratan Atau Kebetulan

Pernah tak dengar orang tua-tua ada pesan memang elok untuk kita bela ikan puyu kat rumah, ianya dapat menghalang perbuatan pukau dan sihir yang hendak ditujukan pada penghuni rumah tuh. Cuma persoalan, apa signifikan antara makhluk halus dengan ikan puyu? Kenapa mereka takut sangat kat ikan ini?
Share:

Khamis, 11 Ogos 2016

Ikan Puyu (Anabas testudineus) Ikan Air Tawar Paling Lasak

Ikan Puyu atau Ikan Karuk (panggilan nama di negeri Sabah) atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Ikan ini bersisik dan bersirip keras memudahkan ia bergerak di atas tanah dan didalam air.
Share:

Selasa, 9 Ogos 2016

Rahsia Di Sebalik Mata Kucing

Kucing dengan mudah dapat membezakan warna hijau, biru dan merah. Walau bagai mana pun, kelebihan sebenarnya mata kucing adalah ia dapat melihat di malam hari. Kelopak mata kucing terbuka di malam hari, ketika terkena sedikit cahaya, lapisan mata yang disebut iris membuat pupil mata membesar ( hampir 90% mata ) sehingga ia lebih mudah melihat. Di saat mendapat cahaya yang lebih terang, system bekerja berlawanan untuk melindungi retina, pupil mengecil dan berubah menjadi garis tipis.
Share:

Jumaat, 5 Ogos 2016

Huawei Kini Adalah OEM Terbaik Dalam Aplikasi Kemaskini Keselamatan Android.

Menurut statistik daripada Duo Security, daripada semua jenis peranti Android yang ada di pasaran, 32 peratus tidak dapat dikemaskini oleh capaian perisian hanya kerana menggunakan versi OS yang teramat lama. Malah, untuk jenis peranti yang lain, 51 peratus masih menggunakan versi Android OS yang lama tanpa memasang versi ‘patch’ keselamatan terbaru.
Share:

Khamis, 4 Ogos 2016

Sediakah Anda Untuk Jadi Suri Rumah Tangga Sepenuh Masa?

Anda mungkin seorang pekerja yang sangat bagus di pejabat. Semua kerja memang tip top. Tapi, mampukah anda untuk jadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa?
So, korang rasa korang ada bakat ke nak jadi suri rumah tangga a.k.a seorang ibu superior yang menguruskan hal anak-anak, hal suami, hal kemas-kemas rumah, hal masak-memasak dan banyak lagi? Jom try kuiz ni!
Share:

Rabu, 3 Ogos 2016

Galaxy Note7 Terbaru Daripada Samsung

Samsung Electronics Co Ltd terus menerajui pasaran telefon pintar dunia apabila memperkenalkan telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note7 yang akan berada dipasaran Malaysia pada 19 Ogos 2016 ini. Samsung Galaxy Note7 tampil dengan beberapa ciri inovatif terbaru.
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Sample Text