Khamis, 11 Ogos 2016

Ikan Puyu (Anabas testudineus) Ikan Air Tawar Paling Lasak

Ikan Puyu atau Ikan Karuk (panggilan nama di negeri Sabah) atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Ikan ini bersisik dan bersirip keras memudahkan ia bergerak di atas tanah dan didalam air.
kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air melebihi 24 jam selagi kekal lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.
Spesies ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap & lepas' bagi yang bersaiz kecil).


Lazada Malaysia
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Sample Text