Khamis, 26 Mei 2016

Memakai Susuk Di Sisi Islam... cucuk tang situ cucuk tang sini

Definisi susuk ialah memasukkan sesuatu benda ke dalam tubuh dengan cara tertentu untuk tujuan tertentu. Biasanya susuk dipasang untuk tujuan kecantikan, kekuatan, awet muda dan penunduk. Pemakaian susuk biasanya melibatkan campur tangan jin yang dipuja bagi menjaga kawasan anggota yang dipakai susuk. Cara 'bersusuk' itu pada dasarnya menggunakan amalan sihir. Sebagaimana yang diketahui bahawa beramal dengan amalan sihir itu adalah syirik.
Perbuatan memakai susuk walau dengan apa niat dan cara sekali pun, hukumnya haram di sisi Islam berikutan penggunaannya mempunyai unsur syirik dan secara terang-terangan cuba mengubah kejadian Allah SWT.
Apabila pemakai susuk mula berasakan kelainan yang dikehendaki seperti menjadi perhatian ramai dan mendapat pujian kerana kecantikan, timbul perasaan semuanya berpunca daripada susuk digunakan. Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar, pemakai susuk juga disifatkan sebagai individu yang tidak mensyukuri pemberian Allah. Manusia adalah sebaik-baik kejadian dan setiap manusia perlu menghargai kesempurnaan yang diberi.
Bagi yang telah terlanjur memakai susuk, bertaubatlah dan berusahalah berjumpa dengan pakar-pakar perubatan Islam yang mahir untuk mengeluarkan susuk tersebut, mudah-mudahan Allah menerima taubat kita. Wallahu a'lam.

Share:

Jumaat, 20 Mei 2016

Sejarah Umat Manusia

Buku Sejarah Umat Islam Edisi 2016, antara magnum opus Hamka yang tidak dapat disangkal lagi kehebatanya, malah sering menjadi rujukan khususnya di Nusantara. Buku sejarah yang komprehensif ini di tulis selama 22 tahun semenjak dari tahun 1939 sehingga tahun 1961.


Share:

Rabu, 18 Mei 2016

Yakjuj dan Makjuj

Ya’juj dan Ma’juj / Yakjuj dan Makjuj / (Bahasa Arab: يأجوج Ùˆ مأجوج‎) atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi, גוג ומגוג) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Islam, al-Quran serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.
Share:

Jumaat, 13 Mei 2016

Jeti Memancing Tanjung Semanik, Sungai Kajang, Batu Pahat

Salam buat semua pengunjung tajurberapai.blogspot.my ... kali ni aku nak cerita satu pot yg boleh di katakan kerap juga aku kunjungi... potnya agak santai betul2 berada di muara sungai batu pahat, bersebelahan dengan teluk wawasan(dulunya di pangil teluk bakung). Nama pot ni ialah Jeti Memancing Tanjung Semanik. Jeti ni berada dihujung kg. Sg. Kajang Batu Pahat.
Share:

Isnin, 9 Mei 2016

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW - 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

Khutbah ini adalah pesanan Rasulullah SAW yang terakhir kepada umatnya, disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah (tahun 632 M) di Lembah Uranah, Gunung Arafah ketika Nabi Muhammad SAW melaksanakan haji widak. Haji widak adalah salah satu peristiwa yang paling penting dalam sejarah umat Islam, kerana ia adalah haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Share:

Jumaat, 6 Mei 2016

Kesilapan Umum yang Berlaku Apabila Menyertai Program Affiliate

Affiliate marketing ialah salah satu cara penjanaan wang online yang paling umum dan paling berkesan. Ianya berkaitan dengan hubungan di antara pemilik produk dan affiliate yang mana jika diuruskan dengan betul akan membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak. Ada beberapa perkara yang perlu dielakkan apabila berurusan dengan Program Affiliate
Share:

Rabu, 4 Mei 2016

Kenapa Sertai Program Affiliate

Umumnya program pemasaran affiliate dilihat sebagai sangat menguntungkan, mewujudkan situasi menang-menang untuk kedua-kedua pihak yang terlibat dalam proses ini. Affiliate sudah menjadi satu alat pemasaran onlineyang ampuh, maka sebab itulah semakin ramai para peniaga online yang menyediakan program affiliate untuk produk atau servis mereka.
Share:

Ahad, 1 Mei 2016

Affiliate Marketing - Jalan Termudah Jana Wang Online

Apabila memulakan bisnes internet anda sebagai seorang newbie, jalan termudah dan paling cepat untuk melakukannya ialah melalui affiliate marketing.
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Sample Text