Affiliate marketing ialah salah satu cara penjanaan wang online yang paling umum dan paling berkesan. Ianya berkaitan dengan hubungan di antara pemilik produk dan affiliate yang mana jika diuruskan dengan betul akan membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak. Ada beberapa perkara yang perlu dielakkan apabila berurusan dengan Program Affiliate
Memilih affiliate yang salah
Majoriti mereka yang menyertai sesebuah program affiliate mahu mendapatkan sebanyak mungkin wang dalam masa yang sangat singkat. Oleh itu mereka akan memilih produk atau servis yang mempunyai permintaan tinggi tanpa mengambil kira samada mereka suka mempromosikannya atau tidak. Apa yang perlu dilakukan dalam hal seperti itu ialah memilih sesebuah produk yang anda benar-benar mempunyai minat terhadapnya, meluangkan masa untuk merangka strategi dan pelan tindakan demi usaha promosi yang berkesan. Ianya adalah lebih mudah untuk mempromosikan sesuatu yang anda berminat dengannya berbanding jika anda melakukannya semata-mata bertujuan untuk mendapatkan keuntungan sahaja.
Menyertai terlalu banyak program-program affiliate
Oleh kerana penyertaan ke dalam sesebuah programaffiliate adalah mudah dan biasanya adalah percuma, anda mungkin berpendapat anda harus mengambil peluang ini untuk menyertai seberapa banyak program affiliate yang termampu untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Hakikatnya ialah anda tidak akan mampu untuk menumpukan perhatian terhadap kesemuanya.
Adalah lebih baik jika anda memilik sebuah produk sahaja untuk dipromosikan yang menawarkan komisyen sekurang-kurangnya 30% dan tumpukan segala usaha dan perhatian anda kepada usaha mempromosikannya. Setelah anda terbukti berjaya, barulah anda boleh memilih produk kedua dan ketiga untuk dipromosikan.
Memilih produk yang menawarkan komisyen yang rendah
Anda akan melakukan jumlah kerja yang sama untuk mempromosikan produk yang menawarkan komisyen sebanyak 5% dan produk yang menawarkan komisyen sebanyak 30%. Kenapa memilih komisyen yang lebih rendah?
Memasarkan sesuatu di luar topik
Ini adalah antara kesilapan umum yang selalu dilakukan. Jangan sesekali mempromosi sesuatu yang tidak relevan dengan aktiviti objektif utama anda. Pastikan ia sentiasa berkaitan dengan topik utama anda.
Kurang berkomunikasi dengan pemilik produk
Sentiasalah menghubungi pemilik produk yang anda sedang promosikan itu. Mereka mungkin akan memberikan kepada anda tips atau maklumat yang boleh membantu memajukan lagi strategi pemasaran anda.
Gagal untuk membuat pra-jualan
Ini adalah salah satu kemahiran yang penting bagi anda sebagai seorang affiliate marketer. ‘Bakarkan’ semangat para pengunjung sebelum menghantar mereka ke laman web pemilik produk/servis. Pastikan mereka dalammood yang sepatutnya dengan memberitahu mereka perkara-perkara yang mereka ingin dengar. Perkataan-perkataan yang anda gunakan semasa mempromosikan produk/servis adalah sangat penting.
Mungkin juga kerja-kerja anda yang tidak mendatangkan hasil yang sepatutnya bukan merupakan kesilapan dari pihak anda. Mungkin ianya berpunca dari pengurusan kurang baik dari pihak pengurus program affiliate
Belajarlah dari mereka yang profesional dan yang memiliki pengalaman luas dalam bidang affiliate marketing tentang bagaimana untuk meminimumkan kesilapan-kesilapa yang merugikan anda. Jangan takut dan segan untuk bertanya, mencuba sesuatu yang baru, strategi yang baru dan yang paling penting, anda melakukan kerja-kerja anda dengan penuh minat..
0 ulasan:
Catat Ulasan