Jumaat, 5 Ogos 2016

Huawei Kini Adalah OEM Terbaik Dalam Aplikasi Kemaskini Keselamatan Android.

Menurut statistik daripada Duo Security, daripada semua jenis peranti Android yang ada di pasaran, 32 peratus tidak dapat dikemaskini oleh capaian perisian hanya kerana menggunakan versi OS yang teramat lama. Malah, untuk jenis peranti yang lain, 51 peratus masih menggunakan versi Android OS yang lama tanpa memasang versi ‘patch’ keselamatan terbaru.
Ini bermakna, daripada keseluruhan peranti, hanya lebih kurang 17 peratus yang menggunakan OS versi yang dikemaskini dan dilindungi daripada sebarang jenis eksploitasi. Menurut data Duo Security lagi, 3 daripada 10 peranti Android terdedah kepada 34 kelemahan kritikal yang dikesan oleh Google semenjak awal tahun ini.
Namun, berita baik untuk semua pengguna dan juga bakal pengguna Huawei kerana menurut Duo Security, Huawei diiktiraf sebagai OEM paling hebat yang mana telah mengemaskini 77 peratus daripada semua perantinya dengan ‘patch’ keselamatan Android. Malah, berdasarlam carta Duo Security, Samsung yang memegang 60 peratus perkongsian pasaran tidak mencatatkan prestasi yang baik daripada segi ‘patch’ keselamatan.

Lazada Malaysia
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Sample Text